Tuesday, January 29, 2013

PeNanTiAN SuAtU PeNyIkSaAn..

 Tajuk post kali ni memang sedang mengambarkan perasaan aku ketika ni.  Huhu... Mesti korang nak tau ape yang aku sedang tunggu sampai tersiksa kan?  Jawapannya....
KUNCI RUMAH BARU.

Rumah yang aku beli di Taman Alam Indah di Seksyen 33 Shah Alam dah siap secara mata kasarnya. And semua bayaran2 yang sepatutnya aku jelaskan dah aku jelaskan... Boleh dikatakan setiap bulan husband aku akan call pemaju perumahan bila la agak2nya kitorang boleh dapat kunci.  So dr bulan 10 tahun 2012 lagi diorang dok bagi janji2 manis kononnyer dah boleh dapat dalam bulan 11 @ 12 tahun lepas.  Masa tu dah excited lah aku. Al-maklumlah rumah pertama yang kami beli sendiri.

So selepas melepasi bulan 11 & 12, 2012, pemaju kata mungkin akan dapat kunci dalam akhir bulan Januari 2013.  Hmm tapi hampeh.. pertengahan bulan Januari lepas husband aku baru je call pemaju, diorang kata tengah siapkan documentation untuk claim payment dr bank & will submit by end of January 2013.  So What do u aspect? Kompon lah bulan 2 ni tak tentu boleh dapat kunci ke tak lagi.. Normally bank akan ambil masa lebih kurang 3 minggu untuk release payment kat pemaju.  So conclusion nyer bulan 3 jugak lah aku kemungkinan dapat kunci rumah.

Yang membuatkan aku tak sabar sangat nak move out bukan aper, aku nyer owner rumah sewa sekarang ni cekik darah tol naikkan sewa rumah kitorg sekarang sampai RM1.2K.. nak tercekik rasanya nak membayau 2 rumah sekali gus. Phewww.. Maun pokai dibuatnyer... Pemaju ni pon satu lembab cam sipot xxxx. Dah tau umah tu dah siap cepat2lah wat segala hal2 yang sepatutnya diorng settlekan. Tak ke menyusahkan orang yang macam kitorng yang dok menyewa ni. APTB...

So segala persediaan untuk rumah baru kitorang dah plan dah. Dari plaster ceiling, kitchen cabinet, cat rumah, tinted tingkap, grill, pasang dinding kat porch kereta, kelengkapan barang elektrik dan sewaktu dengannya semua dah kitorang dah decide.  Tinggal nak merealisasikan jer segala impian kitorang ni..

So doakanlah kami cepat2 dapat kunci.  Nanti bila sumer dah complete nanti bolehlah kitorang buat kenduri kesyukuran sempana pindah rumah baru kami.

Ni lah rupa rumah baru kami. Gambar dr luar jer.. bila dah dapat kuncu kunci nanti boleh lah aku hapdet so sisi dalam rumah.. hehe...



No tpon kat tengah2 gambar tu abaikan jerlah erk.. hehe.. sebab gambar ni aku amik dr google..
Sebelum ni aku g jenguk2 x terpk lak nak snap gambar.

Nanti bile ada masa lagi aku hapdet pasal rumah kitorang ni.

See you soon..

Assalamualaikum...



Friday, January 25, 2013

Pandai Sudah...:)



Selama 3 hari aku belajar  dengan tekun dan bersungguh-sungguh  cara mencantikkan blog.. akhirnya hari ni dah berjaya... walaupun tak bape nak canggih cam blog expert... walau mcm mana pun aku dah berpuas hati sebab dah berjaya mewujudkan blog aku sendiri....

Kat office td pun sempat gak curi2 masa men touch up sket2.. hehe.. jangan mare ye bos.. sebab i'm still doing my job...

So untuk esok dan hari2 seterusnya aku hanya perlu rajin meng"update" blog je la... since kat hp aku pun dah install blogger so next time bole update thru phone je.. hehe...

Wednesday, January 23, 2013

Semangat berkobar


Day - Two  

Masuk jer keje pagi pagi ni.. bende pertama yang aku buat adalah menulis blog ni... haha... Bos sorry erk.. al maklumlah semangat tengah berkobar-kobar untuk mengarang pagi-pagi ni.  Malam semalam punya la stuggle aku belajar secara trial and error untuk create blog ni... so end up aku berjaya mewujudkan blog aku walau pun dalam keadaan yang 'basic'.

Aku nak mintak pertolongan ngan sesaper yang boleh tolong aku untuk create blog yang cantik & penuh dengan info.  Aku masih lagi tak tau macam mana nak copy "HTML/Javascript" untuk mendapatkan icon2 ngan gambar2 bergerak dengan cantik.. huwaaa... tolong la... saya budak baru belajar....

Before this pernah tau cara nak copy "HTML/Javascript" pas tu dah lama sangat.. otak aku pun dah berkarat... banyak bende yang aku nak kongsi ngan korang semua kat luar sana. Dalam kepala aku sekarang ni macam bende nak di luahkan... tapi tu la.. i'm the beginner of blog creater so need some learn more about blogger.

At the same time aku sendiri aku berusaha dengan bersungguh-sungguh... chewah... ayat tak ingat... untuk korek ilmu dari 'pakcik google' untuk bantu aku serba sedikit tentang blog ni...

Oklah.. cukuplah sampai kat sini dulu.. aku nak start keje plak... kang sibuk berblog kerja ntah ke mana..

See you later...

Assalamualaikum....

Tuesday, January 22, 2013

First Trial




 Hari pertama berkenalan dengan blogger page.

Belajar sendiri menggunakana kaedah trial & error semasa dalam proses mempelajari buat blog sendiri

Bila aku dah advance nanti aku akan intro serba sedikit pasal diri aku yang tak seberapa ni.


~ See you soon ~




~OuR MaRriAgE~

Daisypath Anniversary tickers

Our 1st Daughter ~Nur Qaisara Batrisya~

Lilypie Kids Birthday tickers

Our 2nd Daughter ~Fatimahtul Zahra~

Lilypie Kids Birthday tickers