Tahun 2005 – 2007
Aku menamatkan pengajian aku bagi jurusan BBA (Hons) Islamic Banking dr UiTM Shah Alam . Alhamdulillah aku grade dengan pointer yang memberangsangkan walaupun dengan hanya grade Second Class Upper. Al-maklumlah aku ni bukan lah genius sangat. Hehehe.. tapi kira ok lah dr tk de kan.
Sebelum final exam untuk last sem aku ngan member2 aku dah sibuk hantar resume kat semua bank( kengkonon nak keje bank) & apply thru Jobstreet, Job DB, Job Malaysia dan segala mak nenek yang boleh apply keje lah…
So lepas beberapa minggu habis final exam, OSK Investment Bank ada call untuk interview. So dipendekkan cerita aku berjayalah dapat keje tu sebagai “Associate”. Ala lebih kurang macam remiser la… Masa tu aku dapat keje kat cawangan kat Bandar Baru Klang. Luckily time tu aku memang dok menyewa kat Sek 7 Shah Alam, so tak de lah bape jauh dr tempat aku menyewa tu.
Aku pun mula la start bekerja kat OSK Investment Bank tu Bulan December 2007 kalau tak silap aku la… Memula keje memang la berkobarkan al-maklumlah ni perkerjaan pertama aku lepas habis je grade. Tapi malangnye kerja ni memang tak kenelah dengan jiwa aku sebab aku tak boleh nak jual belikan saham untuk client company aku sampailah aku dapat lesen dr SSC. Sebelum nak dapat lesen SSC tu aku kene amik beberapa ujian. So tu lah yang melemahkan semangat aku nak keje lelama kat sini.
Di sebabkan banyak sangat resume aku hanatar kat semua web pencarian kerja kat internet tu, bulan February 2008 aku dapat panggilan dr SHARP-ROXY SALES & SERVICE CO.(M) SDN BHD untuk datang interview. Alhamdulillah rezeki aku murah masa tu aku diterima bekerja. So dengan pantasnya aku menghantar resign letter kat BOS aku di OSK INVESTMENT BANK.
10hb Mar 2008 – Monday
My first day working at SHARP-ROXY SALES & SERVICE CO. (M) SDN. BHD. as Executive – Collection Section a.k.a “peminta hutang yang tertunggak”.
Masa mula-mula dapat offer ni berfikir gak 2-3 kali nak terima ke tak tawaran ni.. Selepas berfikir secara mendalam aku ambil keputusan untuk terima tawaran tersebut kerana memandang company ni offer aku pada masa tu agak lumayan jugak berbanding dengan kerja aku masa tu.
Memandangkan aku ni tak de pengalaman berkerja sebelum ni, so aku agak blur gak lah masa nak start keje kat sini. Tak tau nak start dari mana. So aku belajarlah sikit demi sket dr staff yang sedia ada kat situ. Alhamdulillah sampai lah sekarang aku masih lagi berkerja disini. Tahun ni bulan March 2013 ni genaplah aku berkhidmat dengan SHARP selama 5 tahun.
Antara percaya dengan tak je aku.. Pejam celik pejam celik dah 5 tahun aku kat sini dah. Dr aku masih single then bertunang then berkahwin dan sampai dah ada anak 2 dah aku kat sini. Actually keje kat sini nak kata best sangat tu tak delah Cuma ada beberapa perkara yang menyebabkan aku malas nak cr kerja lain. Office aku ni dekat je ngan umah sewa aku sekarang ni kat Putra Height. Kalau jalan kaki tu berpeluh gak lah ketiak. Hehe.. kalau naik kete dan pemandunye macam aku dalam 10 minit aku dah boleh sampai ke office dah…
So cukuplah kot aku cerita serba sedikit pasal kerja aku ni. Kalau ada sesapa yang kerje sama field ngan aku ni which is “peminta hutang yang berjaya” boleh lah share idea or experienced ngan aku nanti. Sambil2 tu boleh share and exchange pendapat.
Ni aku tunjuk gambar tempat aku berkerja.
Main Entrance/ Lobby Sharp-Roxy Sales & Service Co. (M) Sdn. Bhd.
Ni gambar penuh office aku. Bangunan yang rendah tu adalah majikan yang amik aku bekerja which is SHARP-ROXY SALES & SERVICE. CO. (M) SDN BHD a.k.a (SRSSC). Bangunan tinggi tu Sharp jugak tapi SHARP ELECTRONIC MALAYSIA S/B a.k.a (SEM). Walaupun kami berada di bangunan sebelah menyebelah, SRSSC – menjual & memberi khidmat servis lepas jualan while SEM – more to R&D of SHARP product.
Photostat machine
Yer aku bekerja di department yang jual mesin fotostat. Sharp ada pelbagai jenis mesin fotostat ikut keperluan pelanggan. So keje aku adalah kutip hutang untuk sewaan dan caj bulanan. Nampak mcm senangkan tapi dah naik muntah dah aku melayan kerenah customer2 ni.. tapi nak tak nak kene hadap jugak sebab kalau hutang banyak and tak berkurang aku jugak yang nak mengadap bos Jepun utk menjawab. Hmm APTB…






wah hebat nye tmp keje kakak lina...nampak nye..terpaksa lah berkerjasama ngan kerajaan jepon ye...kak lina hebat
ReplyDelete