My KiDs


1ST PRINCESS

25hb September 2009 - 5 Syawal 1430 - Jumaat

Lahirlah cahaya mataku yang pertama. Seorang puteri yang diberi nama
~ Nur Qaisara Batrisya binti Mohd Faizal ~
Kami memanggilnya dengan panggilan Sara @ Kakak (since sekarang ni Sara dah ada adik)

Masa mengandungkan puteri aku yang sulong aku ambil cuti awal sebab kebetulan masa tu cuti hari raya puasa and aku continue amik annual leave.  Actually masa aku nak bersalinkan Sara belum cukup due lagi.. masa tu baru 36 minggu.  Seingat aku air ketuban aku pecah masa maghrib tu pun sebab aku nak ke bilik air atas sebab nak "membuang" hehe.. so belum sempat aku nak ke bilik air aku rasa kaki aku rasa macam air suam2 mengalir kat celah kaki aku.  berderau sekejap gak lah aku masa tu.  Aku tak rasa sakit lagi pun masa tu.  So dipendekkan cerita husband aku pun teruslah hantar aku ke hospital.  Lepas admitted doktor bagitau yang rahim aku belum terbuka lagi.  So aku di hantar ke wad biasa dulu.  So start tengah malam khamis tu sampai la pagi Subuh tu aku start rasa sakit tapi sakit tu datang tak kerap.  Pagi Jumaat tu doktor cek bukaan rahim aku and still tak buka besar lagi baru 2-3 cm.  So kul 11 pagi doktor decide soh drip aku untuk bantu cepatkan proses bersalin, masa tu memang rasa sakit yang kerap.  Habis je solat Jumaat aku selamat melahirkan puteri sulong ku secara normal seberat 3.51kg.

 Senawang Specialist Hospital a.k.a Hospital Salam adalah tempat aku menyabung nyawa untuk melahirkan Puteri Sulongku.
Doktor yang menyambut kelahiran puteri Sulong ku adalah Doktor lelaki memandang ketika tu tak de doktor perempuan yang bertugas kat hospital tu.

Ni lah gambar Puteri Sulong ku yang di beri nama
Nur Qaisara Batrisya a.k.a Kakak Sara








1 bulan - 3 bulan

 


Ni gambar Raya 2010 - Umor 1 thn  


Awal Tahun 2011 - Baru nak belajar berjalan

Raya tahun 2012


Gambar terkini

Inilah permata hati kami.  Keletahnya sentiasa menghiburkan hati kami. Sara sangatlah manja al-maklumlah die kan anak sulong so kitorang pun dah terlebih2 manjakan die.  So akibatnya kamilah yang kene bersabar dengan kerenah die..





2ND PRINCESS

12hb May 2012 - 20 Jamadil Akhir 1433 - Sabtu
Lahir cahaya mataku yang kedua. Seorang lagi puteri yang diberi nama
~ Fatimahtul Zahra binti Mohd Faizal ~

Kami memanggilnya dengan panggilan Adik @ Baby @ Fatimahtul
Pada mulanya aku berhajat untuk melahirkan puteri kedua kau di Selangor . Di saat kandungan ku mencecah usia 8 bulan aku buat follow up check @  Hospital SALAM Shah Alam. Doktor yang merawat aku masa tu OK tapi yang X OK nyer bagi aku adalah layanan Staff Nurse kat sana. Sorry to say langsung tak "Mesra Alam".  Pada mulanya aku ingat aku sorang je perasan rupa2nya husband aku pun cakap perkara yang sama.  So selepas berbincang kami telah sepakat untuk bersalin @ N9 dimana tempat aku melahirkan Sara.

Pada tarikh 12.05.2012 dimana aku melahirkan puteri kedua aku, sebenarnya pada hari tersebut kami merancang untuk booking doctor perempuan selain Dr. Shukiman untuk aku bersalin pada due date bersalin aku pada 31.05.2012.  Semasa dalam perjalan dr Putra Height ke Seremban aku memang ada merasa perut aku asyik mengeras2 je dan tak terlintas langsung dalam kepala aku yang aku akan bersalin pada hari tersebut sebab seminggu sebelum aku mengalami perkara yang sama jugak.  Di pendek kan cerita semasa turn aku jumpa Dr. doctor pegang perut aku and die terkejut and kata ada contraction.  So die pun periksa rahim aku dan kata rahim aku dah terbuka 3cm.

OMG! terkejutnye aku masa tu.  Sebab aku datang memang sehelai sepinggang. Tak bawak apa-apa kelengkapan langsung.  So aku pun disuruh masuk ke labour room.  Dengan pantasnya husband aku balik ke Putra Height amik segala beg2 yang aku dah packing sebelum ni.
Masa tu cuak gak aku manalah tau aku beranak semasa husband aku dalam perjalanan ke sana atau ke hospital semula.  Aku masuk labour room pukul 11 pg and selamat melahirkan anak ku yang kedua selepas Solat Asar.

Senawang Specialist Hospital a.k.a Hospital Salam adalah tempat aku menyabung nyawa buat kali kedua untuk melahirkan seorang lagi puteri.



       Fresh dr perot


                                                                            
2 bulan

 



                                                                          
                                                                               
 4 bulan

Majlis Cukur Rambut

Rambut dah tumbuh

     Jalan-jalan



Fatimahtul Zahra yang tembam

Pipi kene gigit kat Nursery

Muka lepas nangis

Semoga 2 orang cahaya mata ku menjadi anak-anak yang solehah dan menjadi orang yang berguna.

-Aminnnn-


No comments:

Post a Comment

KoMeN AnDa Di aLu-ALuKaN

~OuR MaRriAgE~

Daisypath Anniversary tickers

Our 1st Daughter ~Nur Qaisara Batrisya~

Lilypie Kids Birthday tickers

Our 2nd Daughter ~Fatimahtul Zahra~

Lilypie Kids Birthday tickers