Tajuk post kali ni memang sedang mengambarkan perasaan aku ketika ni. Huhu... Mesti korang nak tau ape yang aku sedang tunggu sampai tersiksa kan? Jawapannya....
KUNCI RUMAH BARU.
Rumah yang aku beli di Taman Alam Indah di Seksyen 33 Shah Alam dah siap secara mata kasarnya. And semua bayaran2 yang sepatutnya aku jelaskan dah aku jelaskan... Boleh dikatakan setiap bulan husband aku akan call pemaju perumahan bila la agak2nya kitorang boleh dapat kunci. So dr bulan 10 tahun 2012 lagi diorang dok bagi janji2 manis kononnyer dah boleh dapat dalam bulan 11 @ 12 tahun lepas. Masa tu dah excited lah aku. Al-maklumlah rumah pertama yang kami beli sendiri.
So selepas melepasi bulan 11 & 12, 2012, pemaju kata mungkin akan dapat kunci dalam akhir bulan Januari 2013. Hmm tapi hampeh.. pertengahan bulan Januari lepas husband aku baru je call pemaju, diorang kata tengah siapkan documentation untuk claim payment dr bank & will submit by end of January 2013. So What do u aspect? Kompon lah bulan 2 ni tak tentu boleh dapat kunci ke tak lagi.. Normally bank akan ambil masa lebih kurang 3 minggu untuk release payment kat pemaju. So conclusion nyer bulan 3 jugak lah aku kemungkinan dapat kunci rumah.
Yang membuatkan aku tak sabar sangat nak move out bukan aper, aku nyer owner rumah sewa sekarang ni cekik darah tol naikkan sewa rumah kitorg sekarang sampai RM1.2K.. nak tercekik rasanya nak membayau 2 rumah sekali gus. Phewww.. Maun pokai dibuatnyer... Pemaju ni pon satu lembab cam sipot xxxx. Dah tau umah tu dah siap cepat2lah wat segala hal2 yang sepatutnya diorng settlekan. Tak ke menyusahkan orang yang macam kitorng yang dok menyewa ni. APTB...
So segala persediaan untuk rumah baru kitorang dah plan dah. Dari plaster ceiling, kitchen cabinet, cat rumah, tinted tingkap, grill, pasang dinding kat porch kereta, kelengkapan barang elektrik dan sewaktu dengannya semua dah kitorang dah decide. Tinggal nak merealisasikan jer segala impian kitorang ni..
So doakanlah kami cepat2 dapat kunci. Nanti bila sumer dah complete nanti bolehlah kitorang buat kenduri kesyukuran sempana pindah rumah baru kami.
Ni lah rupa rumah baru kami. Gambar dr luar jer.. bila dah dapat kuncu kunci nanti boleh lah aku hapdet so sisi dalam rumah.. hehe...
No tpon kat tengah2 gambar tu abaikan jerlah erk.. hehe.. sebab gambar ni aku amik dr google..
Sebelum ni aku g jenguk2 x terpk lak nak snap gambar.
Nanti bile ada masa lagi aku hapdet pasal rumah kitorang ni.
See you soon..
Assalamualaikum...




wah...jng lupe ajak masuk kenduri umah baru...dapat lah rase masakan dr dapur baru...hehehe
ReplyDeleteSalam....nak masuk rumah baru ye..excitedkan...past ni mendeko plak la..hehe...tq coz follow my blog...nice sgt blog u ni....:)
ReplyDelete