Thursday, February 28, 2013

Countdown - Kunci Rumah Baru

Assalamualaikum...

Dah bape minggu dah tak update blog.  Kebelakangan ni memang tak de masa nak mengadap PC untuk update cerita2 terkini.  Tapi dalam kepala ni bermacam-macam benda nak share dengan blogger reader.  Eceh.. macam ada je pembaca setia je.. (perasan jew lebih)

Oklah entri kali ni aku nak citer pasal KUNCI RUMAH BARU.  Seperti yang aku cerita dalam entri sebelum2  ni aku sedang menunggu masa Pemaju nak bagi kunci rumah baru kami.   Surat dari diorang mengatakan yang projek perumahan bagi rumah kami dah 100% siap kami dah terima  & diorang pun dah submit document kat bank untuk 'release'kan final payment kat pemaju.

Lepas CNY ritu kitorang dah terima surat dari OCBC bank mengatakan kami kene start bayar ansuran bulan penuh bermula 1 Mac 2013 sebanyak RM 1,277.00.  So dengan senang hati nya aku dah tau yang bank dah release kan payment kat pemaju.

Dengan sepantas kilatnya, minggu ketiga bulan Feb 2013 aku call pemaju untuk update status terkini rumah kami.  Kami telah diberitahu yang payment dr bank diorang dah terima & diorang dalam proses untuk hantar surat kat semua pembeli untuk penyerahan kunci rumah selewat2nya hujung bulan Februari ni.  Dengan kesabaran yang cukup tinggi aku pun masih lagi menunngu surat 'keramat' tu sampai ke rumah sewa kami. hahaha... *mode* x sabar2...

Insya Allah if there is no any other obstacles we will get our new house key by early of Mar 2013.. Me myself and my hubby really excited to get a our new house key since so many plan in our mind that we want to do before we move in into our new house.  Beside, we also want to move out a.s.a.p from our rented house since our owner has increased the monthly rental to RM 980 to RM 1,200.  Can u imagine?  Cekik darah tul!!!

We have to allocate our budget wisely coz started March'13 we have to pay 2 houses in a months.. OH no.. we have to spend RM 2.5K for house only...

Please pray for us that we will get the keys soon....

....Ameennn....

================================================
Latest update
Habis je aku tulis entri kat atas ni.. hubby ku call kata surat 'keramat' yang aku tunggu sebelum ni dah dapat.
Guess what? What i'm feel just now.
"



"



"



"



"



"



"



"



"



"






Excited + happy

Rasa cam nak jerit2 and guling2 kat lantai.. hahaha..


Alhamdulillah...

Lepas ni nak kene wat check list apa nak kene buat dulu sebelum masuk rumah...

nanti next entry aku cerita progress of renovation rumah baru kami...

....See you soon....



Thursday, February 14, 2013

..SeTiA HuJunG NyAwA..





Sempena Cuti CNY ni yang agak panjang ni adalah masa untuk aku menghabiskan masa melayan cerita yang hangat kat TV3 baru-baru ni... ~ Setia Hujung Nyawa ~ which is cerita yangdi adaptasi dr sebuah novel.  B4 this memang ada layan cerita tu kat TV tapi tak sepenuhnya.  Tu pun sebab adik aku dok sibuk melayan masa kul 7 - 8 mlm.. Al maklumlah aku ni sibuk menguruskan 2 orang puteri aku tu manalah nak sempat nak melayan citer tu dengan khusyuk.

So cuti CNY yang lepas disebabkan kereta aku pun ngah 'admitted' sebab xcident ri tu, and my hubby plak kene keje so ni la masanye aku melayan drama ni balik kat tonton.com.my.

Phewwwww... Citer die memang terbaik lah.. Lakonan hero & heroin die memang berkesan lah sebab telah berjaya membuatkan 2 bijik mata aku ni bengkak sebab mengalirkan air  mata.  Wakaka.. Tapi serius memang lakonan and jalan citer Setia Hujung Nyawa ni best giler.  Aku tengok 28 episod ni dalam masa 3 hari jer.  Tu pun dah tengah malam baru aku layan lepas 2 orang Puteri aku tu beradu...

Hero die Amar Asyraf a.k.a Zain Hakimi dlm citer tu and heroin die Nelydia Senrose a.k.a Adik a.k.a Ersalina Amani.  Memula citer pasal kene kawin paksa untuk menyelamatkan maruah 2 buah keluarga.  Citer yang sangat romantik dan yang menyakitkan hati.  Sangat suka pulak dengan Hero dia Akmar Asyraf yang agak kepelatan bila menyebut perkataan yang ada Huruf D and T. Haha.. bunyi semacam lidah pendek.. hik hik hik.. jangan marah yer Zain Hakimi...  Heroin die pun best gak.. Ersalina Amani a.k.a 'L'.  Seorang yang sangat manja dan tabah menempuh pelbagai dugaan dalam alam perkahwinannya.

Sesapa yang masih belum tengok citer ni lagi silalah tengok yer.. memang menyentap jantung hati di pertengahan cerita ni....

Hero & Heroin yang sangat tomei...




Barisan pelakon Setia Hujung Nyawa



Salah satu Status yang di hapdet dalam FB ttg citer Setia Hujung Nyawa ni



Mungkin disebabkan penonton yang tengok drama siri ni terdiri dr semua golongan, so tak ketinggalan lah peng"hapdet" status kat atas ni... yang kemungkinan seorang remaja yang masih tak cukup umor and kurang ada akal.  May be pengarah drama pun kene main peranan jugak bagi mengolah cerita yang di cedok dr Novel ni.  kene filter and kaji jalan cerita supaya tak di salah tafsir dan menjadi ikutan pada penonton yang mengikuti cerita ni.  Selain tu bimbingan and nasihat dr ibubapa jugak penting bagi mengelakkan anak-anak remaja kat luar sana supaya tak tersalah tafsir dr cerita yang disiarkan kat tv.

Whatever pun i like this love story...and love the happy ending!
Yang tak puas hati kenapa Hady tak dapat apa2 pembalasan?

Monday, February 4, 2013

OuR FaMiLY TrAnSpOrT - X-cIdeNt :(

3rd FeBruArY 2013

Sunday : Our Persona involved in X-cident. 

Our Persona baru je berusia 3 tahun dah accident which is kesalahan tu bukan disebabkan oleh pihak kitorang. Kereta kitorang kene sondol dr belakang masa husband aku tengah berhenti di traffic light.  So x cident ni melibatka 3 kereta which kereta belakang yang langgar belakang kereta kitorang and kereta kitorang terdorong ke depan melanggar kereta depan.  So kesimpulannya bahagian front & back kereta kitorang lah yang kemek.. Semua silap driver kereta blakang yang dah tau mabuk tapi sibuk nak bawak kereta juga.. end up kitorang yang dapat susah.

Kejadian berlaku semasa husband aku dalam perjalanan dr tempat kerja nak balik ke rumah.  And at the same time i'm with our princess went back to my hometown @ Labu.

Actually aku sendiri memang dah tak sedap hati masa otw nak balik ke Putra Height sebab aku try call kawan Husband aku die tak angkat phone and aku call rumah tak de orang angkat.

By the time aku kat kampung, husband aku memang ada sms dlm kul 4.30pm yang bateri h/p die low and bg no h/p kawan die just in case ada emergency.  Die pun tak de pesan pun yang die kata nak g mana2 malam tu.  So aku bugjet dia akan sampai rumah dulu sebelum kitorang tiba dari Kampung.

Dalam perjalanan nak balik ke Putra Height all the way aku try call rumah and kawan die tapi tak ada jawapan. Start dr situ aku dah rasa tak sedap hati.  Aku sampai je kat rumah lebih kurang pukul 8.55pm and find out that husband aku tak balik lagi.

Lebih kurang dalam 15 minit kemudian, aku dengar bell rumah ditekan dr luar.  Time tu memang dah berdebar dah jantung aku.  aku tinjau je kat luar tengok husband ngan kawan die ada kat luar.  And memang sah lah aku rasa must be something happened to my hubby since aku tak nampak kereta kitorang kat luar selain dr kereta kawan die.

And that time baru yang aku tau yang kereta kitorang xcident.  Memang tak terkata aper lah kan.. Macam2 soalan sebenarnya nak tanya masa tu kat husband aku tapi memandangkan die tengah kepenatan plus pening and terkejut aku tanya apa2 yang patut je la.

So hari ni aku baru la dapat gambar kereta kitorang tu.. itu pun kawan die yang snapkan sebab bateri hp aku habis time tu.



Bahagian depan


Bahagian belakang

Kereta yang dok melanggar kereta kitorang.


Friday, February 1, 2013

sHopPiNg RuBiNe HoOd, HoB & BuiLd iN OvEn

As i mention on my previous post that we will move in into our new house soon, so sekarang ni kitorang tengah mencari, men"survey" segala kelengkapan rumah.  Bulan Dec 2012 yang lepas kitorang ada g ke Home ID kat Stadium Shah Alam yang promote barang2 rumah yang murah2.

So pada masa tu kitorang memang dah survey lah set dapor memasak jenama Rubine ni.  masa tu tak terlintas nak book ke ape ke sebab pk lambat lagi nak dapat kunci.  So kitorang just tengok je lah harge and ingat dalam kepala untuk compare dengan brand lain.

So di pendekkan cerita aku pun dah survey and confirm nak pilih jenama Rubine ni untuk set dapor memasak. Masa awal bulan Januari 2013 aku n husband g lah tengok2 kat kedai elektrik and kelengkapan rumah @ Putra height and aku tengok diorang ada jual gak Set dapor memasak jenama Rubine ni.  Tapi diorang tak de ready stock n kene order dr HQ. So aku n husband amik keputusan untuk perg sendiri kat HQ.

B4 pergi tu husband aku survey harga dulu ngan diorang and diorang kata leh nego lagi.  Disebab kan promotion untuk set dapor memasak Rubine ni akan berakhir pada 31 Jan 2013 aku dan husband aku bergegas ke Kepong untuk order.

Selepas meneliti dan membelek2 semua model; we've decided to choose the following model

Rubine Sensor Hoods MCH-EBANO-90BL


Rubine  Uno Tempered Glass Cooktop MGH_LOTOBLUE2B_BL

Rubine Built in Oven :RBO-IA8-56SS

Total semua barang ni aku dapat harga RM 3,800.  Kalau tak harga asal barang ni RM 5,160.  So dapat lah aku jimat RM 1,360. 

Hopefully dengan ada nyew set dapor memasak kat rumah baru aku ni akan memberi semangat kat aku untuk rajin memasak. haha...

TaBitA SkiN CaRe

2day nak cerita pasal produk penjagaan kulit yang aku pakai sekarang which is
"Tabita Skin Care"

Habis je bulan Jan 2013 ni genaplah 4 bulan aku pakai bertabita.  Sebelum aku start pakai tabita ni lama gak aku pk samada nak cuba atau pun tak.  Sebab most of testimoni yang aku baca dr blog orang mengatakan yang produk ni ada pengelupasan.  Tu yang buat aku pk berkali2 nak pakai. 

Sampai suatu masa which is bulan September 2012 muka aku naik jerawat plak.  During that time aku ngah pakai Safi Rania Gold.  So may be sebab produk tu tak berapa sesuai sangat ngan aku or aku yang sendiri yang takut nak pakai produk pengelupasan lagi.. Sebelum ni macam2 produk dah produk penjagaan kulit muka yang ada kat pasaran aku dah try including De'wajah, NV, Shadira & Sendayu Tinggi.  Semua produk ni ada pengelupasan and kesan nye tak berapa memuaskan hati aku..

Aku ni memang gila sangat ngan produk penjagaan kulit... Ape saja yang produk yang boleh mencantikkan muka kulit pasti akan aku cuba.  So di pendekkan cerita let me story morry morning glory pasal pengalaman aku guna Tabita ni.

First day aku guna Tabita pada 8 Okt 2012.
Aku beli dari seorang kawan which is masa tu aku tak search pun harga paling murah masa tu dan aku pun bermurah hatilah membayar RM 380 (exc set) kat member aku ni.

Produk ni ada 4 barang which is :-

Facial Soap
Smooth Lotion
Day Cream
Night Cream

First few day aku pakai tabita ni kulit aku rasa ok lagi... Masuk je hari ke 4 onwards.. phewww baru la aku faham maksud testimoni kat blog2 yang aku baca sebelum ni.  Rasa nak benti pakai pun ada gak masa tuh.. tapi sebabkan member aku suh aku bersabar tunggu sampai minggu ke 3 untuk nampak kesan die.

Dengan kesabaran yang tinggi aku pun pakai je lah Tabita ni walaupun kulit rasa tersiksa sgt masa tu.
Detik yang paling ngeri masa tu adalah minggu pertama nak masuk minggu kedua.. masa cuci muka dah rasa pedih2.. pas tu tambah plak nak apply smooth lotion lak kan.. rasa nak terkoyak gak kulit sebab kepedihan... krim siang/mlm la yg bantu release kan kepedihan muka aku masa tu..

And now my skin dah makin ok walaupun stil ada peeling sket2 area tepi mulut ni...

Jom tgk gambar dr start aku guna sampai la ni....


First Day Bertabita - 8/10/12
without any foundation and compact powder

1 month - Kulit dah habis mengelupas &
kulit dah nampak cerah sket
1st Week - Mata belah kanan ada sket bengkak
sebab tangan gatal dok menggaru.



Left : Early Nov 2012                                                    Right : End Nov 2012


      
















Left : Early Dec 2012                                                    Right: End Dec 2012
      

















Left : Early Jan 2013                                                      Right : End Jan 2013


Note: Sila abaikan background gambar.. haha sebab semua gambar ni aku amik masa kat ofis atau pun kat dalam kete.
So ni la transformasi ke atas kulit muka aku sebelum dan selepas memakai Tabita. Secara rasminya cukuplah 4 bulan aku pakai tabita ni.  Selain dr set asas ni aku ada gak top up beli barang2 tabita lain seperti Matt Finishing, Loose Powder & Special Cream.

Matt Finishing ni aku pakai sesekali je sebab kulit aku ni jenis berminyak so bila pakai Matt Finishing  ni muka aku cepat oily. Masa apply Matt Finishing ni aku tak pakai pun cream sebab muka akan bertambah oily.

Loose powder aku rajin gak pakai sebab die tolong kurangkan minyak kat muka aku ni. tak perlu pakai banyak2 sebab nanti nampak macam tepung komak plak.. hehe al maklumlah kulit without sebarang bedak pun dah cerah.

Special Cream ni aku pakai seminggu 2 kali jer untuk proses penganjalan kulit lagi. Cream ni memang jimatlahkan sebab die banyak dan pakai pun 2 kali jer seminggu.

Ok! Rasa nya dah cukup dah kut aku share pasal experience aku guna tabita ni.  So far setalat yang aku pakai ni produk ni the best la sebab kesannya dah boleh nampak dalam masa 3 minggu walaupun terpaksa menanggung sengsara for few weeks. Haha...





~OuR MaRriAgE~

Daisypath Anniversary tickers

Our 1st Daughter ~Nur Qaisara Batrisya~

Lilypie Kids Birthday tickers

Our 2nd Daughter ~Fatimahtul Zahra~

Lilypie Kids Birthday tickers