Sempena Cuti CNY ni yang agak panjang ni adalah masa untuk aku menghabiskan masa melayan cerita yang hangat kat TV3 baru-baru ni... ~ Setia Hujung Nyawa ~ which is cerita yangdi adaptasi dr sebuah novel. B4 this memang ada layan cerita tu kat TV tapi tak sepenuhnya. Tu pun sebab adik aku dok sibuk melayan masa kul 7 - 8 mlm.. Al maklumlah aku ni sibuk menguruskan 2 orang puteri aku tu manalah nak sempat nak melayan citer tu dengan khusyuk.
So cuti CNY yang lepas disebabkan kereta aku pun ngah 'admitted' sebab xcident ri tu, and my hubby plak kene keje so ni la masanye aku melayan drama ni balik kat tonton.com.my.
Phewwwww... Citer die memang terbaik lah.. Lakonan hero & heroin die memang berkesan lah sebab telah berjaya membuatkan 2 bijik mata aku ni bengkak sebab mengalirkan air mata. Wakaka.. Tapi serius memang lakonan and jalan citer Setia Hujung Nyawa ni best giler. Aku tengok 28 episod ni dalam masa 3 hari jer. Tu pun dah tengah malam baru aku layan lepas 2 orang Puteri aku tu beradu...
Hero die Amar Asyraf a.k.a Zain Hakimi dlm citer tu and heroin die Nelydia Senrose a.k.a Adik a.k.a Ersalina Amani. Memula citer pasal kene kawin paksa untuk menyelamatkan maruah 2 buah keluarga. Citer yang sangat romantik dan yang menyakitkan hati. Sangat suka pulak dengan Hero dia Akmar Asyraf yang agak kepelatan bila menyebut perkataan yang ada Huruf D and T. Haha.. bunyi semacam lidah pendek.. hik hik hik.. jangan marah yer Zain Hakimi... Heroin die pun best gak.. Ersalina Amani a.k.a 'L'. Seorang yang sangat manja dan tabah menempuh pelbagai dugaan dalam alam perkahwinannya.
Sesapa yang masih belum tengok citer ni lagi silalah tengok yer.. memang menyentap jantung hati di pertengahan cerita ni....
Hero & Heroin yang sangat tomei...
Barisan pelakon Setia Hujung Nyawa
Salah satu Status yang di hapdet dalam FB ttg citer Setia Hujung Nyawa ni
Mungkin disebabkan penonton yang tengok drama siri ni terdiri dr semua golongan, so tak ketinggalan lah peng"hapdet" status kat atas ni... yang kemungkinan seorang remaja yang masih tak cukup umor and kurang ada akal. May be pengarah drama pun kene main peranan jugak bagi mengolah cerita yang di cedok dr Novel ni. kene filter and kaji jalan cerita supaya tak di salah tafsir dan menjadi ikutan pada penonton yang mengikuti cerita ni. Selain tu bimbingan and nasihat dr ibubapa jugak penting bagi mengelakkan anak-anak remaja kat luar sana supaya tak tersalah tafsir dr cerita yang disiarkan kat tv.
Whatever pun i like this love story...and love the happy ending!
Yang tak puas hati kenapa Hady tak dapat apa2 pembalasan?









No comments:
Post a Comment
KoMeN AnDa Di aLu-ALuKaN